Friday, 10 March 2017

Surau Berambah tambah Besar, Orang Ke surau tak ramai pun

Hai,

Pada readers yang duduk berhampiran surau, mesti mengalami beberapa masalah (unless u jenis yang bersabar 1001%).

Pernah terjadi suatu ketika dulu, seorang muslim pada awalnya dikutuk oleh masyarakat muslim yang lain kerana beliau memberi komen surau (ke masjid) berhampiran rumahnya yang ,bising. Beliau bukan komen pada laungan merdu azan tetapi aktiviti aktiviti lain, ceramah ke..Yang mengutuknya pula tak faham situasi beliau.

Dan dah difatwa kan pun, selain azan dilarang mana mana surau atau masjid menganggu ketenteraman masyarakat sekitarnya. jadi, menjadi tanggungjawab AJK surau or masjid pastikan speaker tu tak' berbunyi kuat ke luar. Jika u olss dok sekitar surau, mesti faham tiba tiba kuat bunyinya datang dari surau. Kadang tak dengar pun bunyi keindahan ayat quran yang dimainkan,,tapi dengar bunyi bergaung gaung ( tak tau mcm mana nak describe). One other thing, malu pada jiran yang bukan Islam seolah Islam ni yang sepatutnya   Indah, Bertolenrasi tapi sebegitu rupanya..

Buat surau besar besar, tapi tempat park kereta pun memberi masalah pada penduduk sekitar. Habis di depan pagar penduduk pun nak di parkingnya (cishh). Lagi, jalan yang utama pun kiri kanan di park kereta, penduduk sekitar nak lalu pun hampir berlaga kereta (sonang punya akal).  Macam tu dapat ke pahala pergi beribadah..Dapat dosa ada la..

Bila Makan di Gerai Tepi jalan pun sama Harga seperti di Restoran

Hai,

Area Wangsa Maju dan sekitar nya memang banyak gerai gerai di tepi jalan. Ada masa nya seperti waktu sarapan dan lunch penuh dengan kereta kiri kanan jalan , tuan punye kereta menjamu selera di gerai berhampiran.

Restoran pun banyak. nak list pun tak mampu. Ada restoran yang dibuka 24 jam, ada yang cuti pada weekend tertentu sebab lokasi nya di office area. Buka pun customer kurang sebab office tutup.

Kalau restoran tu, sure lah kos nya lebih tinggi. Sewa kedai pun kalau area Wangsa Maju ni kurang kurang rm5k sebulan( dapat lagi ke). Ditambah kos api air yang tinggi ( commercial rate), kos peralatan, dekorasi, pekerja pun kena dibayar epf, socso( tak semua kot). 

Gerai di tepi jalan pula, tak mungkin sewa lot tanah tinggi seperti restoran. Ada pula yang jenis pacak payung, memang tak perlu bayar sewa. I sering compara harga nasi lemak yang berniaga payung dan restoran. Tak banyak bezanya, kadang macam sama harga di restoran. Kenapa agaknya?

Air teh tarik di tepi jalan rm 1.50 segelas. Sama macam kat restoran. Kedai mamak ada lagi yang jual bawah rm 1.50 segelas. I tengok kedai mamak guna susu tin FN yang tepi jalan tu guna GoldCoin. Ada sikit beza harga susu susu ni. 

Selagi ada permintaan, selagi tu peniaga jual harga 'mereka..


Kuasa beli di tangan pengguna.bukan KPDN. Selagi pengguna tak bersatu boikot barang/produk/servis yang membebankan, selagi tu harga akan naik dan peniaga buat keuntungan tak munasabah.

Tuesday, 7 March 2017

Bila MakBapak Buat FlashMob Depan Anak anak Murid😞

Hai,

😞 Alkisahnya, baru ni lain dari yang lain ..sukan marathon sebuah sekolah menengah di WM ni , ada lah group makbapak yang buat flashmob depan murid murid, I tak tau la apa jenis flashmob. My son balik dari sekolah cerita(dengan muka yang malu malu nak cerita). I tanya best ke? Jawab dia. boring. I asked him again, If i one of yang dalam group tu,,okay tak? ..My son muka berkerut

Then, petang esoknya. Terjumpa kawan. Dia pun cakap isu yang sama. Anak dia form 5 , pun cakap tak best. Dalam grup whsap  parents, one of ibu yang perform tu hantar text..lebih kurang gini bunyinya.." murid murid tengok mereka buat persembahan, terpaku. Agaknya seronok.."

Ish.. perlu ke buat persembahan gini depan murid murid?


Antara HERO, JJ, BIGAEON, GIANT. mana satu anda suka pergi

Hai,

HERO..kalau masuk bahagian basah, balik sure kena mandi sebab rasa melekat bau nya. Tapi ke hero, senang parking di tepi tepi lagi lagi semenjak Al kader dah tutup. Harga barang senang nak agak sebab tak macam Bigaeon sat tinggi sat rendah. Hero ni staff dia macam 'famili famili gitu. Cuma kaunter nya yang pendek bikin sesak

JJ.. I suka beli sayur sayur di sini. Bersih dan harga okay. Tempat paling cantik sayuran nya bagi i. Siap ada organic vegetable. Buahan nya paling elok (mahal la juga). Tempat i beli telor berpack pack. Kat sini, banyak pilihan telor(ayam)  , nak kampung, bandar, omega, selenium, etc. Parking senang kecuali Sabtu Ahad. Kalau rasa nak shopin baju baru, ni la tempat paling kena di WM.

BIGAEON..Berdekatan dengan rumah i. bila rajin jalan je..Boleh exercise.(dulu) tapi jarang ke sini. Sebab parking susah. Dah di'conquer oleh orang orang yang bekerja di Pusat Bisnes depan Big Aeon ni.Atau customer Maybank kat depan Bigaeon yang suka park sini sebab paling dekat. Pasaraya paling rajin buat promosi dan memang beri harga sengit. Selalu pergi sini bila ada offer beras ponni Faiza atau Faiz.

Tapi kat Bigaeon, banyak kali bau najis kucing.. Sekali tu memang real nampak tengah tengah lorong.😞

GIANt.. Jauh dari rumah i. tapi pernah few times i jalan kaki (singgah minum kat gerai roti canai depan Sayed). Parking berbayar unless u beli rm20 dapat free parking few hours ). Pergi sini kalau nak beli alat jahitan atau barangan sekolah kat kedai kedai berhampiran Giant.

Wangsa Walk? Jarang teramat nak pergi..6 bulan ada la i pergi sekali kot. Pusat ni lebih kepada entertaining young people kot, bowling, karaoke, cinema, it gadgets..Tak minat la

BTW, semua tempat ni dalam walkin distance rumah i..agak agak i ni stay Seksyen berapa?

Beg REcycle Pun Nak Curi!!

Hai,

Zaman gawat - gawat ni, beg recycle pun nak dicuri. Alkisahnya, menjadi kebiasaan i bawa beg recycle bila beli groceries. Memang sangkut je beg di troli. Kalau laluan yang sukar dimasuki troli sebab ramai orang ke,,sempit ke..i akan tinggalkan aje troli di tepi laluan then i pergi ambil barang yang i nak. 

Bila turn bayar, just bagitau cashier tak nak beg plastik sebab dah ada beg. Baru i perasan beg yang tersangkut ,tiada. Kenapa i kata dicuri, sebab beratus kali bawa beg tak pernah tercicir. Luckily, dalam beg tu cuma ada beg recycle yang lain. Tak ada barang shopin yang telah berbayar.

After bayar, i pusing balik dalam supermarket JJ , check laluan laluan i kot kot ada beg ni jatuh mana mana..So, confirm tiada, just jumpa customer service staff  in case nanti ada yang' jumpa. Macam tak kisah pun riak muka staff tu..agaknya setakat recycle bad baginya. Yang i sayang tu, one of the bag tu i jahit sendiri. Dari tshirt cotton yang lama. Beg i jahit ni kuat..boleh simpan yang berat berat macam telor dua tiga pack.

So, next week pi JJ nak tanya ada ke beg i ni kat lost and found items?

Monday, 6 March 2017

TEMPAT `SHOPIN IKAN AREA WANGSA MAJU

Hai,

Suri suri beli ikan di mana?

Area  Wangsa Maju (WM) ni banyak tempat boleh beli ikan,, cuma pilih fresh tak fresh...mahai ke murah

Tapi ikut masa i taip ni...zaman mahai...susah nak cari ikan murah..ikan mahai pun tak semestinya fresh. Dulu,,,dah malas , i terjah HERO.. kalau nak merasa isi merah jenahak  dalam rm 36-rm39 sekilo. Lately ni,,, semua nya main rm 40 keatas kat Hero. Kembung pun cecah rm16.80 sekilo..Huuiih..mahai betui kembung. Bukan kembung saje,, ikan sardin pelaling, ikan jaket cencaru pun dah mahai benar..And i notice, ikan ikan kat Hero pun tak fresh macam dulu dulu

Kalau nak lebih fresh, sila la ke Pasar Tani Melawati. I selalu beli kat gerai ujung tu.. Datang nya dari Kuala Kedah. Kalau jam 7 pagi, berduyun duyun dah penuh psar tani Melawati ni.. Tempat ikan ujung ni pun dah berderet bakul..tunggu timbang. Ikan dari sini so far so good, tapi harga nya ikut harga pasaran. Bagi ku mahai..(walau pun FAMA kata di pasar tani tiada orang tengah). I selalu beli udang laut dari gerai yangi ni..

Antara banyak banyak gerai ikan di Pasar tani Melawati ni,, gerai ni lah paling ramai orang..dan cepat lakunya. Shopin ikan dan lain lain di Pasar Tani ni duit rasa laju jer..Suka beli bahan basah sini sebab rasa meriah semacam.. Kalau nak kambing tempatan, datang awal awal pagi pergi kedai nombor dua dari gerai gerai daging. Lambat, habis. Barang tak basah macam bawang, i tak beli sini. Mahai. Bawang kat pasar besar rm2 sekilo. depa jual rm3 sekilo

One thing i perasan, Pasar Tani Melawati ni ramai betui orangnya. tak macam kat setiawangsa or Keramat Permai. Untung yang dapat niaga sini.


Satu lagi tempat i suka beli ikan di Pasar malam Melawati. Tapak sama Pasar Tani. Beli kat Pakcik dengan anak2 nya tu. Ikan ikan nya segar datangnya dari Kuala Selangor. Harga ikut Pasaran Semasa. Jangan main main,, i jumpa YB Azmin dulu pun tengok ikan ikan di pasar malam sini. Tak tau la kot sepanduk dua serupa.


Lokasi lain yang i suka pergi, Pasar Keramat tapi pergi Weekday selepas jam 9 pagi. Kalau awal, kena mredah trafik di Jalan jelatek dan Datuk Kermat. Ikan ikan sini juga okay. Harga i rasa kurang sikit kot dari Pasar Tani. Ada dua benda i tak suka bila ke sini, pasar nya begitu basah😐 dan susah nya nak parking. Cari parking di belakang pasar pun tak tentu dapat.

Pakcik kat sebelah kedai 1Malaysia Seksyen4 . Tak silap nama nya D. Peramah orangnya. Ikan biasa biasa. Kadang ada juga tak elok. Memang murah dari lain lain tempat. Malas nak pergi sini,,sebab makcik makcik sekitar situ tak pandai Q. Ada juga yg dah tua, setakat kembung pun malas nak siang. Kan pakai gunting..sonang jo...Tengok orang ramai beratur ,,setakat kembung pun nak suruh siang.
So, i decide. Stop shopin ikan situ. Bior la makcik makcik situ je beli ikan situ.Kalau bab parking, tepi jalan tu memang payah juga sometime nak dapat. But what u should do,, cari parking belakang kedai 1Malaysia. Jauh la sikit laluan nya.


NSK? I tak suka pergi. atas reason. i nengok macam tak bersih. Dulu pernah nampak, tikus besor besor berlari lari

Sunday, 5 March 2017

mASALAH pARKING dI tAMAN pERUMAHAN

Hai,

Anda ada masalah begini?

Jiran renovate rumah hingga kereta nya tidak boleh park dalam kawasan gate nye?

Jiran berbiji biji kereta,,,kereta buruk pun nak simpan  ?

Jiran suka cop tanah luar untuk park kereta dia?

Jiran suka letak tong..pasu..kon..di sepanjang jalan supaya tiada orang lain bole park?

Kalau gitu, memang naya lah

Bukan sahaja perumahan bertingkat pangsa, yang duduk kawasan taman tetap sama. Pantang ada tanah kosong di hujung jalan, ada je kereta yang bercop cop, yang buruk patut masuk besi buruk di situ. Masalahnya, jika satu rumah yang muat dua kereta dalam gate, mempunyai kereta melebihi kapasiti ruang parking. Sepatutnya `melaun melaun ini cari kawasan untuk park yang tidak menganggu kejiranan. Nak sepuluh biji kereta pon boleh kalau dah kayo  pandai pandai mencari tapak park. Jangan ada tanah kosong di ujung, di cop nya siap siap. Anak anak yang bekerja mampu berkereta mahal tapi tak mampu menyewa sendiri, kalau rasa level education tu bagus, kena berakal. Mak bapak anak sama perangai. Kira selamat dan senang sendiri. huuuhhh..

Pelik, yang tuo tuo sudah pencen ni,,tahap pakai sorban..porangai nyo samo jo..Patut lagi tuo lagi berakai..

No wonder, ada sahabat yang suka beli rumah kondo. Tak de isu cop cop parking. Kalau satu kondo diberi dua petak, kereta lain park di luar kondo. Nasib2 la parking tu. Kalau kondo selepas Masjid Usamah Wangsa Maju ni..  siap park di tepi jalan besar. Kena sondol, tanggung sendiri


44 Minit Menunggu Turn di Kaunter BSN Melawati

Hai,

Last week, ke BSN atas urusan membeli nombor PIN untuk permohonan IPTA lepasan SPM. Bertanya pada staff di bahagian customer service prosedur membeli PIN. Selesai mengisi form, ke mesin mengambil nombor. Di tiket, jam 3.00 petang dan tertulis 6 customer menunggu. Lihat nombor 6, memang expectation dalam 20 minit paling lama.

Jam 330, nombor belum dipanggil. Mula timbul `boring...Dalam jam 335 ptg, staff customer servis datang bertanya urusan apa. Bagitau dia, beli UPU PIN. Dia ambil form dan duit untuk direct hantar ke kaunter dalam yang mana i nampak sorang staff perempuan 40an ni (supervisor la kot) in charge di situ.

Tup tup,, by 3.42 ptg, nombor i dipanggil. Pi kaunter berkenaan bagitau form dan duit dah submit ke dalam. The staff perempuan tu told me, macam tu kena tunggu la

I mundur ke belakang,, then tak puas hati pergi jumpa dia balik. Bagitau dia, kenapa lama sangat . customer depan i 6 orang je,, then dah pass ke dalam tak buat buat pun..Dia pi la jumpa perempuan(supervisor) dalam tu.. bawa balik form dan duit. settlekan di kaunter. Selesai segalanya, i tengok jam di dinding tu 3.44 ptg.

Logik ke 44 minit menunggu kalau orang di depan 6 orang? ikut kata, yg kerja kaunter tu, hari ni ramai bukak akaun.Hmmm...apa pun reason, tak kan 44 minit weyyy...average time nak proses sorang tu cuba kira berapa lama?

Bab buka akaun baru, kalau di bank lain. tak buat di kaunter depan,,tapi ada bahagian lain yang incharge memandangkan proses agak lama, nak isi tu isi ni..cop jari..nak photocopy ni photocopy tu..

p.s Will posted later my Q ticket 

Kalau sapa ada kad BSN, boleh direct ke mesin ATM untuk beli PIN UPU. My case,,dah lama tutup akaun bersama BSN

...supervisor perempuan tu pakai kain ketat ala ala yg fit dari lutut ke atas,,so nak jalan pun menganggu ..tak sesuai rasa nya orang yang kerja kena lalu lalang depan customer dan kena jalan laju laju ni pakai kain atau baju ketat ketat. lain lah umor 20 an kot... body masih cantik..complete collagen and protin energy boleh je laju laju jalan

Saturday, 4 March 2017

Hari Hari Yang Sibuk

Hampir berbulan bulan, baru dapat log in semula.. Percutian di hujung tahun,, persekolahan baru 2017, aktiviti driving school anak, bermacam macam