Hai,
Suri suri beli ikan di mana?
Area Wangsa Maju (WM) ni banyak tempat boleh beli ikan,, cuma pilih fresh tak fresh...mahai ke murah
Tapi ikut masa i taip ni...zaman mahai...susah nak cari ikan murah..ikan mahai pun tak semestinya fresh. Dulu,,,dah malas , i terjah HERO.. kalau nak merasa isi merah jenahak dalam rm 36-rm39 sekilo. Lately ni,,, semua nya main rm 40 keatas kat Hero. Kembung pun cecah rm16.80 sekilo..Huuiih..mahai betui kembung. Bukan kembung saje,, ikan sardin pelaling, ikan jaket cencaru pun dah mahai benar..And i notice, ikan ikan kat Hero pun tak fresh macam dulu dulu
Kalau nak lebih fresh, sila la ke Pasar Tani Melawati. I selalu beli kat gerai ujung tu.. Datang nya dari Kuala Kedah. Kalau jam 7 pagi, berduyun duyun dah penuh psar tani Melawati ni.. Tempat ikan ujung ni pun dah berderet bakul..tunggu timbang. Ikan dari sini so far so good, tapi harga nya ikut harga pasaran. Bagi ku mahai..(walau pun FAMA kata di pasar tani tiada orang tengah). I selalu beli udang laut dari gerai yangi ni..
Antara banyak banyak gerai ikan di Pasar tani Melawati ni,, gerai ni lah paling ramai orang..dan cepat lakunya. Shopin ikan dan lain lain di Pasar Tani ni duit rasa laju jer..Suka beli bahan basah sini sebab rasa meriah semacam.. Kalau nak kambing tempatan, datang awal awal pagi pergi kedai nombor dua dari gerai gerai daging. Lambat, habis. Barang tak basah macam bawang, i tak beli sini. Mahai. Bawang kat pasar besar rm2 sekilo. depa jual rm3 sekilo
One thing i perasan, Pasar Tani Melawati ni ramai betui orangnya. tak macam kat setiawangsa or Keramat Permai. Untung yang dapat niaga sini.
Satu lagi tempat i suka beli ikan di Pasar malam Melawati. Tapak sama Pasar Tani. Beli kat Pakcik dengan anak2 nya tu. Ikan ikan nya segar datangnya dari Kuala Selangor. Harga ikut Pasaran Semasa. Jangan main main,, i jumpa YB Azmin dulu pun tengok ikan ikan di pasar malam sini. Tak tau la kot sepanduk dua serupa.
Lokasi lain yang i suka pergi, Pasar Keramat tapi pergi Weekday selepas jam 9 pagi. Kalau awal, kena mredah trafik di Jalan jelatek dan Datuk Kermat. Ikan ikan sini juga okay. Harga i rasa kurang sikit kot dari Pasar Tani. Ada dua benda i tak suka bila ke sini, pasar nya begitu basah😐 dan susah nya nak parking. Cari parking di belakang pasar pun tak tentu dapat.
Pakcik kat sebelah kedai 1Malaysia Seksyen4 . Tak silap nama nya D. Peramah orangnya. Ikan biasa biasa. Kadang ada juga tak elok. Memang murah dari lain lain tempat. Malas nak pergi sini,,sebab makcik makcik sekitar situ tak pandai Q. Ada juga yg dah tua, setakat kembung pun malas nak siang. Kan pakai gunting..sonang jo...Tengok orang ramai beratur ,,setakat kembung pun nak suruh siang.
So, i decide. Stop shopin ikan situ. Bior la makcik makcik situ je beli ikan situ.Kalau bab parking, tepi jalan tu memang payah juga sometime nak dapat. But what u should do,, cari parking belakang kedai 1Malaysia. Jauh la sikit laluan nya.
NSK? I tak suka pergi. atas reason. i nengok macam tak bersih. Dulu pernah nampak, tikus besor besor berlari lari
No comments:
Post a Comment